Baja Untuk Kegunaan Lain



Baja ini juga boleh digunakan untuk pokok-pokok lain. Terutamanya pokok yang menghasilkan komoditi seperti getah. Secara ringkas, baja ini boleh digunakan untuk semua jenis tanaman, apa yang perlu dilakukan ialah sedikit pengubahsuaian dari segi penggunaan.

Contoh jenis tanaman yang telah mendapat manfaat dari baja ini:

1. Pokok getah
2. Padi
3. Pokok buah-buahan
4. Tanaman sayuran
5. Jenis pokok bunga

Jika baja ini digunakan untuk pokok getah, hasil susu akan bertambah dengan banyak. Ianya bergantung kepada petani sama ada untuk menggunakan baja subur (baja 15) atau baja buah. Jika menggunakan baja buah, hasil susu didapati lebih sedikit dari menggunakan baja subur. Baja subur tetap dapat menambah hasil susu.

Biasanya susu getah akan berterusan mengalir keluar.



Lihat gambar pokok getah di atas, susu mengalir sentiasa. Lihat juga bahawa pokok getah ini sebenarnya tidak pernah bertoreh. Oleh kerana susu yang amat banyak, ia terpaksa mencari jalan keluar sendiri dengan keluar melalui pecahan kulit. Ia umpama bisul, jika hendak diberikan perumpamaan.

Bayangkan berapa banyak susu getah yang boleh diperolehi jika susu ini diguna pakai untuk tanaman getah.

Manakala untuk padi pula, ia boleh menambah kelebatan buah. Tetapi tidak digalakkan guna baja buah, kerana dikhuatiri buah terlalu banyak sehingga menyebabkan pokok padi rebah dan terendam di dalam air.

Untuk getah dan padi, anggaran penggunaan baja ialah setiap satu tong untuk setiap hektar tanah.

Kegunaan untuk pokok buah-buahan pula boleh menggunakan kedua-dua jenis baja subur dan baja buah. Baja subur untuk menggemukkan pokok atau memacu pertumbuhan. Biasanya daun baru akan sentiasa tumbuh dan tumbesaran pokok lebih cepat dari menggunakan baja jenis lain. Tumbesaran pokok yang cepat akan mematang pokok untuk mula berbunga dan berbuah.

Selepas sampai tempoh matang, baja buah boleh digunakan supaya pokok mula berbuah dan disilih ganti dengan baja subur dengan andaian 3 kali baja buah dan kemudian 1 kali baja subur.

Jikalau pokok buah boleh membesar dan matang dengan cepat, lebih cepat kita akan dapat merasa hasilnya. Jadi, buat apa tunggu sehingga 3, 4 tahun jika pokok boleh matang lebih awal?

Mengikut pengamalan mereka yang menggunakan baja buah untuk pokok buah-buahan, pokok tersebut mudah mengeluarkan buah dan jika bersesuaian dengan cuaca, buah akan menjadi. Untuk makluman, pokok buah juga bergantung kepada cuaca, ia memerlukan cuaca panas supaya boleh berbunga, kemudian supaya putik boleh melekat dengan baik dan kemudian membesar sehingga matang atau masak.

Sebab itu, biasanya sukar untuk pokok berbuah tatkala musim hujan.

Manakala untuk tanaman sayuran pula, andaian penggunaan ialah satu cubit untuk sepokok sayuran, boleh ditabur seminggu sekali mengikut kesesuaian. Mengikut pengalaman mereka yang menggunakan untuk sayuran, sayur akan menjadi lebih gemuk, lebih cepat matang dan lebih banyak buah, Malahan dikatakan jika jenis sayuran buah, buah biasanye lebih besar sehinggan dua kali ganda.

Malahan baja ini juga boleh digunakan untuk merawat sayuran yang bermasalah seperti kurang sihat ataupun bagi pokok lada jika daun kerinting.

Untuk pokok bunga, disyorkan guna hanya baja subur, dan penggunaannya perlu disesuaikan, tabur sedikit sahaja sebagai percubaan. Kerana jika tabur berlebihan dikhuatiri akan timbul masalah lain seperti daun terbakar hujung kerana terlebih baja.

Secara ringkas formula baja ialah seperi berikut:

1. Kandungan baja utk hasil tanaman (buah) : N 13% + P2O5 6% + K2O 30% + MgO 2% + Zeolite 5% + B 0.5% + TE 6.

2. Kandungan baja untuk subur : N 15% + P2O15% + K2O 15% + MgO 3% + Zeolite 5% + B 0.5% + TE 7.

Penggunaan baja ini dapat menjimatkan kos pembajaan anda.


Nota: Kami boleh dihubungi di azizan8387@yahoo.com atau SMS 0187791450

No comments:

Post a Comment