Cara Guna

Ada dua jenis baja yang kami pasarkan iaitu:

1. Baja subur atau biasanya dipanggil baja 15 (NPK 15)
2. Baja buah.

Baja subur sesuai untuk tanaman baru, tak kisahlah jenis pokok yang ditanam termasuklah pokok bunga dan sayur. Sebagai contoh untuk pokok sayur atau jenis pokok sayur, sepokok hanya memerlukan secubit baja dan boleh digunakan seminggu sekali. Pokok bunga pun begitu juga. Penggunaan sedikit ini kerana pokok-pokok ini sememangnya bersaiz kecil....

Manakala untuk pokok-pokok buahan pula, penggunaannya bergantung kepada saiz pokok semasa. Saya menggunakan untuk anak pokok rambutan yang saya baru tanam. Baru dua kali (minggu) membaja dengan hanya secubit setiap minggu, tumbesaran begitu menggalakkan dengan pucuk baru sudah melebihi 8 inci dan kesuburannya jauh berbeza dengan batang sebelum menggunakan baja 15 ini. Batang baru mempunyai jarak hampir dua inci antara daun. Manakala batang lama tidak sampai satu inci, malahan daun baru belum ada tanda hendak berhenti dari bercambah.

Penggunaan baja 15 untuk pokok yang lebih besar mengikut syor yang ada, lebih kurang 100 gm setiap pokok setiap 3 bulan. Kalau nak kerap membaja, boleh dikurangkan jumlah baja yang digunakan. Mengikut mereka yang ahli dalam membaja, lebih baik membaja dengan kerap dalam jumlah yang sedikit, daripada membaja dalam jumlah yang banyak tetapi untuk selang tempoh yang lama. Contoh kekerapan untuk pokok yang besar ialah 2 minggu sekali ataupun sebulan sekali. Andaiannya agak masuk akal, iaitu kalau dibaja sedikit tetapi kerap, pokok akan sentiasa mendapat baja, maka tumbesaran pun seimbang. Berbanding dengan membaja banyak tetapi setiap 3 bulan di mana dalam tempoh 3 bulan itu kita tak tahu bila masa baja sudah habis diserap oleh pokok.

Untuk pokok getah dan padi, satu tong berat 22kg sesuai untuk satu hektar ladang. Apabila digunakan untuk pokok padi dapat menambahkan kesuburan dan juga dapat melebatkan buah.

Manakala untuk baja buah pula, lebih kurang sama dengan yang diceritakan di atas, tetapi mestilah untuk pokok yang sudah berbuah atau matang untuk berbuah. Janganlah pula ditabur pada pokok yang belum matang, membazir jadinya.

Baja buah juga sesuai untuk pokok getah kerana menambah susu getah dengan agak banyak, tetapi tidak sesuai untuk pokok padi, takut-takut pokok padi rebah terendam dalam air.

Baja ini boleh dicampurkan dengan air jika mahu dijadikan baja siram, kerana ia memang dalam bentuk serbuk. Siramkan terus ke tanah. Jangan risau kalau hujan turun, kerana ke mana lah sangat baja tersebut akan hilang kerana ia sudah mudah diserap ke dalam tanah.


Ini gambar pokok getah yang sentiasa mengalirkan susu, walaupun tidak bertoreh. Susu akan keluar sendiri dari batang pokok.

Nota: Kami boleh dihubungi di azizan8387@yahoo.com atau SMS 0187791450

No comments:

Post a Comment